Thursday, May 14, 2015

Genarasi Rabbaniy

Generasi Rabbaniy


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلر آله وصحبه ومن والاه
اللهم انفعنا بما علمتنا, وعلمنا ما ينفعنا وزدنا علما, اللهم آمين

Tajuk perbicangan kita pada hari ini: "Generasi Rabbaniy: Kenyataan dan Harapan"

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (Āli 'Imrān, 3:79) Paparkan [3:79]

Allah - Jalla wa 'Ala - memerintah setiap Muslim menjadi golongan rabbaniy.

Golongan Rabbaniy ialah Golongan yg terus belajar dan mengajar alquran serta mengamalkannya dlm kehidupan.

Apakah kenyataan yang ada di hadapan kita? [25:30]

Holy Quran 25:30
------------------
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". (al-Furqān, 25:30)

Kaum Muslimin tidak mempedulikannya. Kalaupun mereka membaca, tetapi tidak memahaminya. [62:5]
Holy Quran 62:5
------------------
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Kaum Muslimin tidak memahami kitab Tuhannya. Ini suatu fitnah yang cukup besar. Cuba lihat kata Ibn Mas'ud:

  • كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَبِسَتْكُمْ فِتْنَةٌ
Bagaimana keadaan kamu apabila kamu diselubungi fitnah
  • يَهْرَمُ فِيهَا الْكَبِيرُ
golongan dewasa tua dalam keadaan sedemikian
  • وَيَرْبُو فِيهَا الصَّغِيرُ
golongan kanak-kanak membesar dalam keadaan sedemikian

  • وَيَتَّخِذُهَا النَّاسُ سُنَّةً
Orang ramai menganggapnya sebagai sunnah

  • فَإِذَا غُيِّرَتْ، قَالُوا: غُيِّرَتِ السُّنَّةُ؟
Apabila hendak diubah sahaja, mereka berkata: “Telah diubah sunnah.”


Ditanya kepada Ibn Mas‘ūd:
مَتَى ذَلِكَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ؟
Bila akan berlaku yang demikian itu wahai Abu ‘Abd al-Rahman?

Jawab beliau:
إِذَا ذَهَبَتْ عُلَمَاؤُكُمْ
Apabila hilang lenyapnya para ulama’ kamu.

وَكَثُرَتْ جُهَلَاؤُكُمْ
Ramainya orang-orang yang jahil di kalangan kamu.

وَكَثُرَتْ قُرَّاؤُكُمْ
Ramainya orang yang hanya pandai membaca di kalangan kamu.

وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ
Sedikitnya orang yang mendalam pengetahuannya di kalangan kamu.

وَكَثُرَتْ أُمَرَاؤُكُمْ
Ramainya para pemimpin kamu.

وَقَلَّتْ أُمَنَاؤُكُمْ
Sedikit golongan yang amanah di kalangan kamu

وَتُفُقِّهَ لِغَيْرِ الدِّينِ
Diperdalami pengetahuan bukan berkaitan agama

وَالْتُمِسَتْ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَةِ
Dicari dunia dengan amalan akhirat.

soalan/jawapan
Ada apa2 soalan dan pandangan?

  1. وَالْتُمِسَتْ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَ  Dicari dunia dengan amalan akhirat. Apa maksudnya ustaz?
  2. ustaz,sedikit golongan amanah merujuk kepada siapa?
  3. Apa pandangan Ustaz pandai cakap tapi tak buat kerja...
  4. Ustaz ...minta penjelasan lanjut
    وَتُفُقِّهَ لِغَيْرِ الدِّينِ Diperdalami pengetahuan bukan berkaitan agama


J: Ustaz Baharuddin Ayudin,
Al-Qur'an itu dibaca hanya utk keperluan dunia. Ketika nak mula dan tutup siaran TV. Bila kematian dan nak kahwin. Sdgkan al-Qur'an utk memberi peringatan kpd org yg hidup. [36:70]
Holy Quran 36:70
------------------
لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

J:Ustaz Baharuddin Ayudin,
Sedikit golongan yang amanah ditujukan kpd kita semua. Kita diamanahkan utk berpegang teguh dengan al-Qur'an, tetapi tidak menjaga amanah ini dgn baik krn tidak memahami [2:121] dan tidak berusaha menyebarkannya. [16:125]

Holy Quran 16:125
------------------
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Holy Quran 2:121
------------------
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Tafaqquh li ghayr al-din. [30:7]
Holy Quran 30:7
------------------
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.


• Perlunya golongan rabbānīy
Kewujudan manusia di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah [2:30] dengan tujuan penciptaan-Nya supaya mereka semua tunduk mengabdikan diri hanya kepada-Nya. [51:56]

Holy Quran 2:30
------------------
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Holy Quran 51:56
------------------
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Daripada Ibrāhīm bin ‘Abd al-Raḥmān al-‘Udhrīy, katanya: Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلْفٍ عُدُولُهُ
Ilmu ini akan didokong oleh orang yang adil dari setiap generasi.

يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ
Mereka berusaha membasmi penyelewengan golongan pelampau

وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ
tokok tambah golongan sesat

وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلِينَ.
dan takwilan songsang golongan jahil.

Itulah peranan ahli ilmu. Peranan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jaya jika ia tidak menepati ciri-ciri rabbaniy. Apakah rujukan utama golongan rabbaniy? Rujukannya ialah al-Qur'an. [29:51]

Holy Quran 29:51
------------------
أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

(Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.

أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Apakah masih belum cukup buat mereka? Sedangkan sesungguhnya Kami telah menurunkan ke atas engkau (Muhammad) akan sebuah kitab (himpunan tulisan perintah dan larangan) yang dibacakan ke atas mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan rahmat dan peringatan bagi kaum yang mahu beriman. (al-Ankabūt, 29:51)

Apabila al-Qur'an yg dirujuk, ia terpimpin kpd sesuatu yg benar dan adil [6:115]

Holy Quran 6:115
------------------
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

Manakala al-Sunnah adalah sebagai penerang [33:21]

Holy Quran 33:21
------------------
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

• Rujukan golongan rabbaniy ialah al-Qur’an sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – dan ditunjukkan jalannya oleh baginda. Daripada Malik, katanya: Sampai berita kepadannya bahawa Rasulullah – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – bersabda:
  • تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.
  • لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya:
  • كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ KitabulLah dan Sunnah Nabi-Nya.
  •  Golongan rabbānīy adalah golongan istimewa di antara para 'ulamā’.
  • Mereka adalah golongan yang belajar, mempraktikkan apa yang dipelajari dan mengajar orang lain. 
  • Usaha bersungguh mereka ialah:.
1. Belajar ilmu bermanfaat demi mencari keredaan Allah (تعلّموا)

2. Berusaha mempraktikkan ilmu yang dipelajari (عملوا).

3. Mengajar orang lain. (علّموا)

Bagaimana situasi di zaman sahabat dahulu? 
Kata Ibn Mas‘ud:
  • إِنَّكَ فِي زَمَانٍ Sesungguhnya engkau berada pada zaman (engkau = para sahabat)
  • قَلِيلٌ قُرَّاؤُهُ Sedikit orang yang membaca tidak faham
  • كَثِيرٌ فُقَهَاؤُهُ Ramai orang yang mendalam pengetahuannya
  • يحْفَظُ فِيهِ حُدُودُ الْقُرْآنِ Dipelihara di dalamnya hukum al-Qur’an
  • وَيضَيَّعُ حُرُوفُهُ Tidak diberatkan kepada menghafaz huruf-hurufnya
  • قَلِيلٌ مَنْ يَسْأَلُ Sedikit yang meminta
  • كَثِيرٌ مَنْ يُعْطِي Ramai yang menyumbang
  • يُطِيلُونَ فِيهِ الصَّلاَةَ Mereka memanjangkan salat
  • وَيَقْصُرُونَ فيه الْخُطْبَةَ  Mereka meringkaskan khutbah
  • يُبَدُّونَ فيه أَعْمَالَهُمْ قَبْلَ أَهْوَائِهِمْ Mereka mendahulukan kewajipan mereka bukan kepentingan mereka
1. Cuba bezakan zaman kita dengan generasi rabbaniy zaman sahabat? Apa komen tuan / puan sekalian?

2. Ok. Sekarang apa pula yang patut kita beri perhatian? Kalau kita kekal sebagai kelompok yang ditimpa fitnah, maka serupalah kita dgn [2:8]

Holy Quran 2:8
------------------
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

4:142 An-Nisa' : 142

إِنَّ الْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا إِلَى الصَّلٰوةِ قَامُوا كُسَالٰى يُرَآءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

An-Nisa' : 143

مُّذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذٰلِكَ لَآ إِلٰى هٰٓؤُلَآءِ وَلَآ إِلٰى هٰٓؤُلَآءِ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُۥ سَبِيلًا

Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir), maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya.

Apakah maksud berdiri salat dengan malas?
Cuba perhatikan dalil ini [29:45]

Holy Quran 29:45
------------------
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Apa maknanya? Salat yang sempurna mesti bermula dengan kefahaman al-Qur'an. Kalau orang tu rajin salat, tetapi tidak pedulikan al-Qur'an bukankah ia tergolong dalam kelompok yang malas, iaitu mendirikannya tanpa persediaan. Kita wajib memahami al-Qur'an krn ia termasuk sbhg drpd salat. [73:20]

Holy Quran 73:20
------------------
۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَىٰ ۙ وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Baik, setuju. Marilah kita susun pelan tindakan ini dengan teratur
  • 1. Bertawbat [4:146]
Holy Quran 4:146
------------------
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Terjemahan saya: Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki diri (dgn belajar membaca al-Qur'an dan memahaminya), berpegang teguh kepada tali Allah, serta mengikhlaskan ketaatan kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
  • 2. Kuatkan keimanan [8:2]
Holy Quran 8:2
------------------
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
  • 3. Berhijrah [9:20]
Holy Quran 9:20
------------------
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
  • 4. Mengajar [2:160]
Holy Quran 2:160
------------------
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَٰئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
  • 5. Berkorban harta benda dan jiwa raga fi sabililLah demi menolong agama Allah [47:7]
Holy Quran 47:7
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
  • 6. Berdoa mohon tetap istiqa
Holy Quran 3:8
------------------
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

 
Semoga apa yang saya sampaikan ini berguna buat diri saya dan ahli-ahli dalam Dewan Seminar [110] ini dapat disebarluaskan kepada ahli keluarga masing-masing. [66:6]

Holy Quran 66:6
------------------
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا،
وجلاء همنا وغمنا، ونور أبصارنا،
اللهم اجعل القرآن شفيعاً لنا يوم أن نلقاك،
اللهم اجعلنا من أهل القرآن،
اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.














No comments:

Post a Comment